-Pemilihan fabrik adalah penting supaya kita selesa bersolat,seperti cotton dan elakkan fabrik polyster sebab panas.
-Elakkan memakai baju tidur kerana kurang sopan, walaupun kita memakai telekung di luar.
-Elakkan memakai telekung yang berbau hapak. Pakailah telekung yang bersih kerana kita mahu menghadap Allah
-Semasa ramadhan tak ada orang nak beli telekung baru untuk beribadah, tapi raya semua nak baju baru.
-Bagi lelaki, eloklah memakai baju melayu dan elakkan memakai tshirt bercorak atau ada tulisan yang kurang menyenangkan.
-Perhiasan biarlah bersederhana & jangan keterlaluan. Seperti memakai gelang berbunyi.
-Elakkan memakai telekung berwarna kerana boleh menggangu tumpuan orang lain yang nak bersolat. Pendek kata, telekung putih sudah mencukupi.
-Berpakaian biar dicontohi dan bukan ditontoni
sumber: Tertib berpakaian semasa ke surau/masjid, radio IKIM.